Pengikut

Rabu, 29 September 2010

Good Citizens Bad Citizens: Chin Peng Bersara Cita-citanya DAP Teruskan

Chin Peng 1946

Edisi Khas Untuk Anak Muda

Anak-anak generasi muda kita memang tidak tahu. Anak-anak muda tidak merasai dan menempuh zaman darurat. Ibubapa pun kurang bercerita tentang sejarah tanahair kita. Pelajaran sejarah pula berorientasikan peperiksaan dan guru-guru mengajar sejarah hanya sebagai subjek sahaja bukan sebagai wacana patriotik.

Untuk pengetahuan anak-anak muda kita, dari segi sejarah, orang-orang China memang berhasrat untuk menguasai Malaysia (dahulu Malaya). Sebab itu mereka tubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Walaupun pemimpin UMNO (Melayu), MCA (China) dan MIC (India) telah berpakat sehingga berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tetapi Pemimpin-pemimpin parti Komunis terus melancarkan keganasan, pembunuhan, tindakan liar, sabotaj, membakar kampung-kampung, merosakkan kemudahan awam.

Keganasan dan kemusnahan...kesusahan rakyat

Akhirnya orang-orang Melayu, China, India dan seluruh rakyat telah bersatu dan bekerjasama menentang Komunis sehinga mereka lari ke dalam hutan. Dari dalam hutan mereka menentang dan membunuh askar-askar kita. Sebab itu kita boleh lihat sekarang ini bekas-bekas askar-askar yang sudah tua itu tidak ada kaki atau cacat anggota tubuh mereka kerana ditembak oleh Komunis.

Chin Peng yang sihat...dan Askar kita yang menderita sepanjang hayat
Apabila kerajaan berjaya menghapuskan Komunis ini, barulah negara kita aman dan membangun. Rakyat dapat berkerja mencari rezeki, anak-anak dapat bersekolah, tahap kesihatan semakin baik dan ekonomi negara kita ditingkatkan. Kerana itulah hari ini rakyat Malaysia hidup dalam sejahtera.

Tentu anak-anak muda kita tidak tahu bahawa Komunis menggunaka cara-cara berikut untuk mendapatkan kuasa politik, antaranya:

1. Menggunakan kesusahan, kemiskinan sebagai alat propaganda membenci kerajaan.
2. Memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan orang ramai.
3. Menggunakan apa sahaja cara, termasuk memperalatkan agama dan guru-guru agama
4. Meniup semangat melakukan keganasan di kalangan belia dan golongan muda melawan kerajaan
5. Menggunakan NGO dan persatuan untuk menghasut supaya berdemonstrasi atau tunjuk perasaan
6. Sengaja membakar emosi orang ramai membenci polis, pasukan keselamatan dan mahkamah
7. Melaga-lagakan permusuhan antara kaum, antara golongan berada dengan yang miskin.


Dalam negara kita sekarang ini, didapati ada parti tertentu yang sangat berminat menggunakan cara-cara di atas. antara yang mereka lakukan ialah:

1. Mengatakan kerajaan zalim, padahal kerajaan berjaya memakmurkan rakyat dan negara.
2. Mengatakan kerajaan tidak adil, padahal semua rakyat maju, sejahtera dan hidup aman mencari rezeki.
3. Mengatakan kerajaan menindas rakyat, padahal semua rakyat menikmati kehidupan yang selesa dengan pelbagai kemudahan kesihatan, pendidikan , keselamatan, kebajikan disediakan dengan baik sekali.
4. Mengatakan Perlembagaan Malaysia akan digantikan dengan Perlembagaan Rakyat, sedangkan Perlembagaan sekarang inilah yang menjadi payung rakyat selama ini.

Anak-anak muda harus faham dan sedar bahawa Gerombolan Komunis sudahpun bersara, tetapi cita-cita Komunis yang jahat itu masih diteruskan oleh Gerombolan Baru.

Good citizens...Bad citizens

Sekiranya anak-anak muda kita tidak berhati-hati, kemungkinan masa depan mereka akan musnah.

Bayangkan jika kerajaan kalah semasa menentang Komunis dahulu...siapakah yang memerintah kita pada hari ini?

Kalau anak-anak muda terpengaruh
dengan Gerombolan sekarang...siapakah yang akan
memerintah kita esok?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...