Pengikut

Isnin, 27 September 2010

Membujur Lalu Melintang Patah


Nuar Berahim berpegang kepada prinsip "Membujur Lalu Melintang Patah" dan "Alang-alang Menyeluk Pekasam, Biar Sampai Ke Pangkal Lengan".

Bermula dengan cita-cita menjadi juara dalam Demonstrasi Lapar di Baling, Nuar Berahim membawa Wan Azizah lari dan menikahinya tanpa restu ibubapa. Membujur lalu melintang patah.

Menyertai UMNO dan mara ke hadapan dengan pantas sekali sehingga dapat meminggirkan Tun Ghafar untuk ke jawatan Timbalan Presidan dan Timbalan Perdana Menteri. Membujur lalu melintang patah.

Menyusun strategi semasa menjawat Menteri Kewangan untuk menumbangkan Tun Dr Mahathir. Berkonspirasi membina kekuatan untuk menguasai UMNO sepenuhnya supaya dapat menduduki kerusi Presiden serta Perdana Menteri Malaysia dengan lebih cepat. Membujur lalu melintang patah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman kerana salahguna kuasa dan rasuah. Mahkamah memasukkan Nuar Berahim ke penjara Sungai Buloh setelah ratusan peguam handalannya gagal mempertahankan kesalahan yang dilakukannnya. Nuar Berahim menubuhkan Parti politik keluarga dan kroninya sendiri dengan memperkudakan Wan Azizah serta anak-anak dan pengikut yg teruja untuk menagih simpati orang ramai. Mula membakar emosi dan mengganas tanpa mempedulikan kedaulatan undang-undang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Pak Lah memberi kebebasan kepada Nuar Berahim mengatur strategi merosakkan imej DS Najib secara berterusan menggunakan Raja Petra Kamarudin, Kalimullah Hassan, dan sekutunya di dalam dan luar negara. Rupanya rancangan Allah lebih besar dari rancangan Nuar Berahim, lalu Saiful Bohari menyaman Nuar Berahim dengan tuduhan meliwatnya. Nuar Berahim sekali lagi menghimpun peguam politik terutama dari parti DAP untuk menyelamatkannya. Penangguhan demi penangguhan perbicaraan diusahakan. Keadilan diketepikan dengan mempermainkan proses mahkamah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Mula menipu dalam skala besar dan mengumumkan 16 september Puterajaya di tawan sepenuhnya. Institusi Agong, PDRM, Tentera dan Kehakiman di gunakan untuk menipu pengikut-pengikutnya. NuarBberahim gagal dan berbodong-bondong pengikut setia dan rakan-rakan akrab meninggalkan rancangan pembohongan Nuar Berahim dan parti politik peribadinya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,.

Kini bermain api dengan mengeluarkan pula Perlembangan Rakyat. DAP gelak ketawa dan bertepuk tangan kerana asas persetujuan antara kaum yang dicapai dahulu telah dapat dimusnahkan tanpa memusnahkan Perlembagaan sedia ada. Nuar Berahim terasa dia berjaya, tetapi China cauvinist-racist DAP memang terbukti sangat berjaya.

Nuar Berahim dan Nik Aziz lupa bahawa DAP berpegang kepada prinsip:

"Genggam bara api biar sampai jadi arang"

Siapakah yg akan menjadi arang?
Nuar Berahim, Nik Aziz  tak mampu memikirkannya...

Kitalah
yang mampu memahaminya!!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...