Pengikut

Ahad, 19 September 2010

Kaum China Tidak Berhak Menafikan Hak Kaum Melayu dan Bumiputera


Hakikatnya kaum Melayu dan Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam semua bidang kehidupan di negara mereka sendiri. Orang-orang Melayu dan Bumiputera bersusah payah membentuk dan mempertahankan kerajaan adalah untuk menjaga survival mereka.

Kaum Melayu dan Bumiputera berhak untuk hidup bahagia, sejahtera, selesa dan kaya di tanahairnya. Kebijaksanaan kaum Melayu dan Bumiputera selama ini untuk berkongsi kuasa dengan kaum China dan India adalah pengorbanan yang berisiko tinggi. Tetapi tetap dilakukan juga kerana itulah formula yang terbaik bagi negara majmuk untuk hidup bersama.

Kaum China tidak berhak melakukan tindakan politik untuk menafikan hak kaum Melayu dan Bumiputera dengan apa cara sekalipun. Dari sudut sejarah kehadiran mereka, adalah takdir Allah yang perlu diterima dan dihadapi. Tetapi dari sudut politik kehadiran mereka perlu diawasi kerana semakin hari semakin mereka melupakan pengorbanan kaum Melayu dan Bumiputera. Penguasaan ekonomi mereka sangat berjaya dan sekarang sedang bergerak untuk menguasai politik. Kaum China tidak berhak lakukan stratregi ini dengan apa alasan sekalipun.

Kaum Melayu dan Bumiputera berhak menggunakan apa sahaja yang ada dalam negara ini untuk memajukan diri mereka. Samada kaum Melayu dan Bumiputera itu masih bersikap malas, suka bergantung, tiada inisiatif, tidak amanah dan tidak pandai, mereka tetap berhak untuk membaiki diri dan menikmati kehidupan yang lebih baik di negaranya sendiri. Kaum Melayu dan Bumiputera bukan menumpang di negara ini.

Kaum China berhak menikmati, membolot, menguasai, memanipulasi kekayaan ekonomi dalam negara ini. Mereka memiliki falsafah hidup serasi dengan kebolehan dan keinginan mencari wang dan kekayaan yang liuar biasa. Di negara ini mereka seharusnya bersama-sama dengan kaum Melayu dan Bumiputera berkongsi rezeki yang diperolehi dan bukannya mencuba pula untuk menguasai politik supaya lebih mudah memanipulasi ekonomi dan pentadbiran.

Masa depan negara ini bukan untuk menghapuskan kekuasan politik kaum Melayu dan Bumiputera tetapi mengukuhkan lagi kedudukan politik, ekonomi dan sosial supaya keadilan yang sebenar dapat terus dinikmati.

Kaum China tidak boleh mengatur strategi untuk menguasai sepenuhnya kuasa ekonomi dan kuasa politik di negara ini. Kalayu ini dilakukan, bermakna kaum China adalah satu kaum yang tidak boleh dipercayai, tidak boleh dijadikan kawan dan tidak boleh diberi muka.

Kaum China tidak berhak merancang untuk memerintah negara ini dan meletakkan kaum Melayu dan Bumiputera di bawah telunjuk mereka.

Konsep 1Malaysia adalah yang terbaik untuk meneruskan kesejahteraan hidup pelbagai kaum di negara ini. Tetapi konsep itu sengaja diputarbelitkan. Adakah usaha memutarbelitkan konsep 1Malaysia itu merupakan sebahagian dari tanda-tanda kaum China yang tidak boleh dipercayai.

Buat masa ini perjuangan politik DAP adalah membuktikan kaum China itu tidak boleh dipercayai. DAP berjaya pula membentuk gerombolan dengan PAS dan PKR yang juga tidak boleh dipercayai.

Kaum Melayu dan Bumiputera perlu berhati-hati dengan kuasa politik yang ada di tangan mereka. Sekiranya hasutan DAP berjaya menguasai pemikiran orang-orang China, itu menandakan kuasa politik kaum Melayu dan Bumiputera dalam bahaya. Lebih bahaya lagi apabila PAS sanggup menjadi haiwan tunggangan DAP.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...