Pengikut

Selasa, 21 September 2010

Khairy Rela UMNO Kalah Asalkan BN Tidak Menang

Datuk Razali Ibrahim memiliki  sifat-sifat kepahlawanan Melayu.

Beliau mampu berfikir, meneliti, memahami dan menginsafi gelora yang sedang melanda bangsa, negara dan agamanya. Tepat dan mantap pendirian akal dan denyut naluri peribadinya. Sesuai sekali dengan keperluan semasa yang menuntut pembelaan, tindakan dan rentetan perjuangan yang berkesan.

Datuk Razali mewarisi langkah dan tangkis pendekar yang tulen sejak berzaman. Sanggup melompat mengatur pencak menghadapi pencabar zamannya. Bijak menjeling dan mengenal tari musuh walaupun tangannya hanya sebelah.

Barisan pemuda UMNO yang kini kelihatan terdampar di tepi medan perang, terbiar sepi melihat UMNO dibelasah teruk oleh musuh dan rakan. Mematikan langkah membiarkan bangsa, negara dan agama diludah dari subuh hinggalah matahari terbenam.

Datuk Razali dan kepimpinan pemuda yang masih ikhlas perlu mengatur langkah pendekar. Ingatlah kita adalah bangsa pendekar. Kita bukan bangsa pengecut. Kita bukan generasi bacul. Kita bukan pengkhianat. Kita bukan anak muda yang biadap, ganas dan rakus. Kita adalah generasi keturuan pendekar yang diakgumi, yang pernah menghalu penjajah, yang dapat bertahan walaupun diusik dengan 13 Mei.

Datuk Razali, pimpinlah tenaga muda kita. Kenalilah yang mana rakan, yang mana musuh, yang mana sahabat, yang mana musuh dalam selimut.

Kita tidak boleh benarkan BN tidak menang!
Kita tidak boleh biarkan UMNO kalah!

Baca seterusnya;
Sumber: mediawangsamaju

Sesiapa sahaja termasuk NGO yang mempunyai inspirasi perjuangan dan objektif yang sama perlu diterima BN kerana ia dapat mengukuhkan lagi kedudukan parti dan meningkatkan perpaduan.


Ianya selaras dengan saranan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata, penubuhan UMNO dibuat atas kerjasama dan penyatuan NGO Melayu seluruh Negara, menunjukkan kerjasama dengan NGO Melayu bukanlah perkara baru, Malah, beliau juga berkata sejak dahulu kemenangan dan kekuatan BN bersandarkan sokongan orang ramai dan NGO.



"Sepatutnya sesiapa sahaja yang ingin bersama dan memiliki inspirasi perjuangan dan objektif yang sama perlu kita terima kerana BN saja tentu tidak dapat menguasai mana-mana kerajaan pun, jika kita sisihkan orang, semakin lemahlah BN"....


Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak mahu sebarang konflik dengan mana-mana NGO terutamanya yang mempunyai aspirasi perjuangan yang senada dengan UMNO seperti PERKASA dan lain-lain.


Ia juga disokong Pengerusi Tetap UMNO Malaysia, Datuk Mohamad Aziz di mana beliau berkata UMNO tidak pernah menjauhkan diri daripada PERKASA kerana kedua-duanya mempunyai matlamat sama iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan negara.


Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin mengkritik PERKASA dan disusuli pula dengan kenyataan Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bahawa BN menolak NGO pimpinan Ibrahim Ali itu.


Jika anda, seorang ahli UMNO, seorang ahli Pemuda UMNO, kenyataan manakah yang wajar anda terima?? Adakah UMNO wajar bekerjasama dengan PERKASA? Atau tidak??



Post by.... Melayu CinDia

1 ulasan:

Laksamana Bentan berkata...

Perkasa adalah NGO
UMNO adalah parti

Perkasa adalah urat nadi dan darah Melayu
yang denyutnya mengalir ke jantungg UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...