BN perutukkan ratusan juta ringgit
untuk warga emas di seluruh negara...
Guan Eng cuma merasuah RM100.00 sahaja
untuk terus menawan Pulau Pinang
dan sangat berjaya memperkudakan PAS
Takbiiir!!
Takbiiir!!
PAS adalah kuda lumba tunggangan DAP yang berlari kencang.
Dato Musa Sheikh Fadzir, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang diiringi Dato' Azhar Ibrahim ADUN Penaga telah mencabar Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor dan Exco Agama, Malik Kassim supaya meletak jawatan serta merta.
Cabaran ini dibuat kerana kedua-dua tokoh tersebut menganut agama Islam dan menjadi pemimpin peringkat negeri. Mereka bersubahat dan berkonspirasi dengan Ketua Menteri DAP, Encik Lim Guan Eng yang telah memberi rasuah politik sebanyak RM100.00 kepada warga emas.
Walaupun jumlah yang diterima itu sangat kecil, hanya mampu membeli 2 karton kertas tandas jenis paling murah sahaja, tetapi penghinaan secara halus yang dilakukan oleh pemimpin racist DAP itu wajar mereka halang demi mempertahankan kesucian Islam dan maruah penganutnya.
Sehingga sekarang semua pemimpin Partai Islam Semalaysia menganggap tindakan Encik Lim Guan Eng itu adalah halal dan wajar. Hal ini adalah berpandukan kepada kejadian yang sama tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah dan Rasulullah sendiri tidak pernah mengeluarkan apa-apa hadis berkaitan dengannya.
Maka dengan sebab itu, tiada hukum boleh dijatuhkan kepada insiden itu. Lagipun Partai Islam Semalaysia itu telahpun secara rasmi mengiktiraf Encik Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri DAP yang memahami Islam, malah mentadbir Pulau Pinang bersandarkan ketokohan Umar al-Khatab.
Di waktu yang sama Pemimpin-pemimpin UMNO negeri, bersama dengan pemuda, wanita dan puteri telah bertungkus-lumus menjalankan peranan mereka membetulkan kesalahan dan penghinaan terhadap Islam ini. Seluruh umat Islam tanahair juga mengutuk perbuatan Gerombolan Pakatan Pembangkang ini yang dipercayai dirancang oleh DAP dan dilaksanakan dengan setianya oleh PAS dan PKR.
Tinjauan yang dibuat mendapati rakyat Pulau Pinang sendiri tidak bersetuju dan marah dengan keangkuhan Encik Lim Guan Eng yang sengaja menghina umat Islam. Rata-rata masyarakat China, Inda dan kaum Melayu berasa marah dan benci terhadap DAP, PAS dan PKR kerana gagal memahami Rukun Negara.
Sebahagian daripada mereka menyatakan rasa kesal yang amat sanagat kerana kesilapan memberi undi kepada gerombolan pakatan pembangkang itu yang disangkakan lebih baik dari BN. Kini semua mereka telah berazam tidak akan mengulangi kesilapan yang sama di samping akan terus menentang dengan cara mendedahkan pengkhiatan-pengkhiatan yang akan dilakukan di masa depan.
1 ulasan:
salam, blog tuan sudah dipaut.
Catat Ulasan