NAJIB, MUHYIDDIN DAN SELURUH PAHLAWAN MELAYU!!
BERJUANGLAH DENGAN PENUH KEBERANIAN DAN BIJAKSANA
BUKAN SEMUA MASYARAKAT CHINA
BERPERANGAI CAUVINIST-RACIST
ELOKLAH KITA RAKYAT MALAYSIA
TERUTAMA GENERASI MUDA HARI INI
BERUSAHA MENGENALI HATI BUDI
SESAMA KITA...
MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT HIDUP BERSAMA
Teruskan membaca:
Sumber: http://happysus.blogspot.com/2007/07/peristiwa-101045-pergaduhan-cinamelayu.html
Posted by happysus in Buku Pilihan, Politik Sarawak
GELAGAT MASYARAKAT TIONG HUA
(Peristiwa 13 Mei 1969 di Sarawak)
Buku ini ditulis oleh sahabat saya Rudi Affendi. Beliau juga menulis buku tentang Rosli Dhobi. Buku ini berkisar tentang sejarah Mat Rimau atau nama sebenarnya Abang Ahmad Abang Hj Abu bakar yang di lahirkan pada 22 Februari 1925 di Sibu , Sarawak. Beliau adalah perjuang yang sama berjuang dengan Rosli Dhobi. Beliau pernah dipenjara oleh Inggeris di Singapura. Apa yang menarik dalam buku ini adalah tentang perjuangan beliau bersama Rukun 13. Saya ingin memetik satu cerita dalam buku ini yang mungkin tidak diketahui oleh orang Melayu Sarawak. Ia berkisar tentang gelagat orang Cina setelah pihak British mengambil alih sarawak dari Jepun.
Setelah jepun menyerah kalah, sebelum tentera Australia masuk, terutama di Sibu, masyarakat Tiong Hua telah bertindak menguasai negeri ini. Mereka melantik diri mereka sebagai ''ketua'', dengan kebanyakan ahlinya lengkap bersenjata-lembing dan parang.
Mereka ini bertindak seolah-olah sebagai askar dengan berkawal di hadapan pejabat, yang menempatkan ketua-ketua mereka. Mereka juga telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa bangsa mereka tidak lagi dipanggil ''Cina'' sebaliknya'' Tiong Hua''.
Sebenarnya, kumpulan orang Cina ini datang ke Sibu sebagai memenuhi undangan Rajah Sarawak kedua, Charles Brooke pada 11 November 1880 untuk bekerja sebagai petani dan pesawah. Pemberitahuan kerajaan bertarikh tersebut, yang dicatatkan di Kuching menyatakan, dalam undangan tersebut, Charles Brooke menawarkan kawasan tanah yang mencukupi untuk mereka selain membina rumah sementara dan lorong yang baik untuk mereka. Malah beberapa keperluan lain turut disediakan seperti beras, garam serta bayaran berpatutan untuk pengangkutan kapal wap. Di kawasan pertempatan mereka juga disediakan balai polis, untuk memelihara keamanan selain membantu mereka memahami bahasa masyarakat peribumi.
Sehubungan itu, tiga kumpulan imigran ini menerima undangan tersebut. Kumpulan pertama dikelolakan Wong Nai Siong yang membawa masyarakat Foochow dari Wilayah Fujian, China Selatan pada 1901. Kumpulan kedua, masyarakat Kantonis dari Wilayah Guangdong, China Selatan tiba pada 1902 dengan dikelolakan Teng Koon Shook. Manakala kumpuIan ketiga, masyarakat Heng Hua dari Wilayah Fujian dikelolakan oleh mubaligh Methodist, Dr William Brewster. Daripada migrasi inilah masyarakat ini akhirnya berkembang lalu membentuk komuniti Cina di Sibu. Malah sifat manja yang ditunjukkan oleh Charles Brooke terhadap mereka menyebabkan mereka semakin angkuh seterusnya berusaha untuk mewujudkan wilayah mereka sendiri. Apatah lagi kebanyakan daripada hal ini menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. Mereka bukan sahaja membelasah orang yang disyaki bersubahat dengan pemerintah jepun.
Apabila dapat, mereka akan memukul dan menerajang individu-individu ini hingga separuh mati. Kebanyakan mangsa mereka ini ialah orang Melayu dan lban. Anehnya, kebanyakan orang Melayu yang tidak bersalah dan tidak tahu hulu hilir pun turut sama dibelasah. Dibuli.
Sementara itu, di pasar Sibu, mereka telah berkeliaran dengan membawa takkun-takkun atau kayu panjang dan mengadakan sekatan jalan raya untuk mencari musuh-musuh yang bermuka-muka dengan tentera jepun dahulu. Mereka mencari mana-mana individu yang dipercayai pernah menjadi tali barut Jepun serta bekerjasama dengan jepun.
Sentimen Perkauman kemudian timbul. Apa tahlagi banyak orang Melayu dari kampung-kampung berdekatan yang membeli-belah di pasar dibelasah, dipukul dan ditempeleng. Perkara ini amat menyentap hati orang Melayu, apatahlagi mereka beranggapan bahawa penduduk Cina di situ ialah pendatang asing. Bukan sebagai penduduk asal Sibu.
Hari demi hari, keadaan semakin menjadi-jadi hinggaTentera Australia erpaksa masuk campur dan mentadbir kerajaan. Bagaimanapun, di Sibu mereka masih bermaharajalela membuat onar hingga satu tragedi paling hebat berlaku.
Pada suatu malam, seorang Tiong Hua telah mati dibunuh oleh seorang melayu bernama Dahlan bin Haji Nor. Kejadian ini berlaku apabila Dahlan dikelilingi oleh berpuluh-puluh permuda Tiong Hua kerana disyaki pernah bersubahat dengan Jepun. Pada hal mereka sebenarnya mengesyaki orang yang salah.
Untuk mempertahankan diri, Dahlan telah menghunuskan sebilah pisau yang kebetulan, ada dibawanya bersama-sama sebagai senjata perlindungan. Dia terus melawan apabila dipukul hingga tertikam lalu membunuh salah seorang daripada pemuda Tiong Hua itu. Beberapa orang lagi cedera parah.
Apabila mengetahui keadaan itu, maka suasana di kawasan itu menjadi gempar. Hampir semua masyarakat Tiong Hua yang ada di pasar pada malam itu datang untuk menuntut bela kematian rakan mereka. Mereka mengejar Dahlan hingga ke rumah pasung (balai polis).
Keadaan menjadi semakin gawat apabila mereka memberi amaran untuk memusnahkan bukan sahaja Dahlan, malah membakar rumah pasung itu sekali. Mendapat tahu akan kejadian itu, Tentera Australia terus dikejarkan ke rumah pasung itu. Mereka memberi kawalan ketat dan menghalau masyarakat Tiong Hua dari situ.
Sepanjang malam itu, keadaan masih kacau-bilau hinggalah pada siang harinya, seorang Melayu dipukul teruk dan berdarah pada kepala dan badannya di pekan. Apabila mendapat tahu akan kejadian yang dahsyat itu, dengan serta-merta masyarakat Melayu berkumpul. Ini kerana mendengar pukulan tawak dan gong yang menandakan ada kejadian besar dan berbahaya akan berlaku.
Pada hari itu, masyarakat Melayu telah penuh sesak berhimpun di masjid Sibu - mengadakan mesyuarat tergempar. Ia dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan berbangsa Melayu dan pegawai-pegawai polis Melayu. Pada mesyuarat itulah satu ketetapan disahkan sebulat suara, dengan diiringi teriakan gemuruh ''Allahu Akbar'' bahawa penduduk Melayu akan bersatu padu mempertahankan bandar dan kampung-kampung di Sibu daripada segala pencerobohan dan tindakan kejam masyarakat Tiong Hua ini.
Satu memorandum dihantar kepada pihak berkuasa Pentadbiran Tentera British untuk menyatakan persetujuan tersebut. Sejak itu, di setiap kampung, dikerahkan bersiap-sedia dan berjaga-jaga siang dan malam.
Dalam keadaan serba genting itu, kedengaran berita. Bahawa sekumpulan besar masyarakat Tiong Hua akan menyerang kampung pada malam hari. Hal itu terus dilaporkan kepada pihak berkuasa. Dengan bantuan mereka, sebuah lori penuh dengan senapang dan peluru dihantar ke masjid untuk dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampong.
''Saya sendiri memilih selaras senapang kilat dengan peluru sebanyak 50 butir. Saya serta beberapa penduduk kampung berkawal pada malam hari. Kebetulan pada malam itu, hujan lebat turun. Kami berkawal di jalan papan Kampung Nyabor, dipersimpangan Mission Road. Kami berjumpa dengan beberapa Tiong Hua yang memakai pakaian hitam yang menunggang basikal menuju ke Kampung Nyabor. Meski mereka tidak membawa sebarang senjata, kami terus mara untuk memeriksa mereka.
Melihat kami, mereka berlari sekuat hati. Tetapi mereka tertangkap apabila penduduk kampung yang berkawal di Simpang jalan Causeway, Kampung Nyabor berjaya menahan mereka. Mereka menggeletar dan dalam keadaan takut apabila kami menyoal mereka.
Setelah disoal, mereka memberitahu bahawa mereka disuruh oleh ketua mereka untuk mengintip, penduduk kampung. Mereka kemudiannya dibebaskan dan disuruh memberitahu ketua mereka bahawa penduduk kampung semuanya bersiap sedia hendak berperang dengan masyarakat Tiong Hua.
Apabila mereka hendak melalui jalan papan itu, kami pun bertindak memeriksa mereka satu-persatu. Mereka berlutut dan menggeletar seluruh badan sambil meminta simpati kami: Tolong ! Tolong!
Selepas itu, saya dan rakan-rakan terus bertugas sepanjang malam. Kira-kira jam 11.30 malam itu, saya dan rakan-rakan yang berkawal di jalan papan Kampung Nyabor menunggu orang Tiong Hua balik menonton wayang.
Kami berasa kasihan lalu memberi amaran kepada mereka. Kata saya: ''Itulah kamu orang Cina, bermaharajalela dalam tanah air kami. Kamu hendak menyerang orang Melayu kampung. Kamu mahu jadi raja di negeri ini. Tidakkah kamu tahu bahawa kamu ialah orang asing yang datang menumpang makan di negeri ini?''
Kami memberi amaran terakhir, sekiranya kamu lagi hendak berniat memukul dan membunuh orang Melayu, semua kamu yang ada di sini akan kami bunuh malam ini. Kami memberi peluang kepada kamu semua dengan tidak membuat apa-apa. Tetapi ingat ... jangan hendaknya cuba menyerang orang Melayu lagi!
Semua mereka itu pun berkata: '' Ini hal bukan saya olang (orang) punya pasal. Ini hal nyak (banyak) olang (orang) lain jahat mahu kacau olang-olang Gulayu (Melayu). Kami olang minta maaf dan tolong kasi kami olang pulang saja. Kami olang halap (harap) ampun. Kami tiada mahu bikin hal.
Kemudian kami pun menyuruh mereka pulang menggunakan jalan papan itu. '' Kacau-bilau sentiasa berlaku saban hari. Apabila orang Melayu kampung pergi membeli-belah di pasar, maka pergaduhan pasti akan tercetus. Kejadian pukul-memukul telah jadi perkara biasa. Secara tidak langsung, golongan Tiong Hua ini telah mengawal seluruh pasar.
Penduduk Melayu dari luar bandar dan orang Dayak yang hendak membeli barang di pasar Sibu habis dikejar dan dipukul mereka. Orang Dayak terus naik radang dan mereka memberitahu rakan-rakan mereka perihal yang berlaku di Sibu. Ada juga orang Iban yang lari ke kampung kerana dikejar oleh orang Tiong Hua ini di pasar Sibu.
Tidak tahan dengan situasi yang genting dan mencabar itu,masyarakat Dayak pun mengambil keputusan untuk menuntut bela. Perahu-perahu mereka penuh sesak di Wharf Sibu, Pangkalan Hospital dan Pangkalan Kubu kerana hendak mencari pergaduhan besar dengan orang Tiong Hua.
Menurut Abang Ahmad, keadaan di rumah besar keluarganya ketika itu, penuh sesak dengan orang Iban yang datang menumpang dan bermalam di Sibu. Di pasar dan jalan raya (dari BCL lama hinggalah tengah-tengah pasar), Channel Road dan Pulau Babi penuh sesak dengan orang Iban. Mereka malah memasak makanan di tengah-tengah jalan.
Hal ini menyebabkan orang Cina yang berkedai di pasar ketakutan dan menutup kedai mereka. Perkara ini benar-benar berlaku dan penduduk kampung turut serta berkeliaran dipasar-pasar dengan membawa senapang, lembing, pedang dan parang. Abang Ahmad serta rakan-rakan yang turut berkawal dipasar dan kampung menyifatkan keadaan pada masa itu seolah-olah akan terjadi perang yang besar.
Apabila melihat keadaan menjadi sedemikian genting, pihak kerajaan dengan segera bertindak memanggil semua kapitan Cina, ketua kampung Melayu, penghulu Dayak dan pembesar ketika itu yang mewakili British ialah Tuan C.D. Adam. Orang Cina diwakili Kapitan Momo, Tauke Ah Loo, Chiew Geok Lin, Ah Hock dan tauke-tauke besar di pasar selain Cina dari kebun. Penduduk Melayu pula diwakili oleh Tua Kampung Ubai,Tua Kampung Salleh, Tua Kampung Abang Louis dan ketua-ketua Melayu yang lain seperti Abang Onet.
''Antara penghulu Iban yang terlibat pula termasuklah Penghulu Gani dari Bawang Assan. Saya tidak ingat penghulu-penghulu lain. Semuanya berkumpul di ofis BCL lama (tempat yang sekarang ini digunakan untuk wharf dan gudang kastam). Di situlah tempat yang paling bersejarah kerana krisis yang besar itu telah berakhir. Dan satu peranjian telah ditandatangani oleh semua penghulu, tua kampung, kapitan Cina dan pegawai British yang hadir.
Antara lain inti peranjian itu yang saya masih ingat ialah: 'Semua kaum yang tinggal di negeri ini hendaklah hidup bersama-sama dengan aman damai, tidak boleh sekali-kali bergaduh, ataupun serang-menyerang antara satu dengan yang lain. Dan orang Cina tidak boleh hendak cuba jadi pemerintah di negeri ini. Hendak diingat bahawa Negeri Sarawak ini ialah hak Bumiputera sendiri dan orang Cina ialah orang yang datang berniaga di negeri ini. sekarang negeri ini adalah dibawah pentadbiran Kerajaan Inggeris'.
Inilah kandungan yang saya dapat tahu daripada Allahyarham Abang Onet yang turut menurunkan tandatangan pada surat pedanjian damai pada tahun 1945 itu.
dipetik dari buku Biografi Mat Rimau- getir perjuangan seorang Melayu oleh Rudi Affendi Khalik
SEGALA ANAK MELAYU, BUMIPUTERA
CHINA, INDIA DAN LAIN-LAIN
ADALAH RAKYAT MALAYSIA.
KITA SEDANG MUSNAHKAN
MASA DEPAN MEREKA
YANG SEDANG DIUSAHAKAN OLEH
GEROMBOLAN PAKATAN PEMBANGKANG
YANG CAUVINIST-RACIST
DS Najib!!
Kami Adalah Benteng MU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan