Pengikut

Isnin, 13 September 2010

MENGENAL HATI BUDI Part 3: Pengajaran Dari 13 Mei 1969


SEJARAH
TIDAK PERNAH MENIPU KITA
- Tun Dr. Mahathir

Teknik sama masa berlainan

Posted by happysus in Buku Pilihan, Politik Malaysia

Baca seterusnya:
Sumber:   http://happysus.blogspot.com/2008/04/teknik-sama-masa-berlainan-13-mei-1969.html

Sebelum pilihan raya 10 Mei 1969 dan 8 MAC 2008


Saya ingin menyentuh apa yang dinyatakan dalam buku 13 Mei tulisan Tuanku Abdul Rahman. Banyak yang boleh kita pelajari dari PRU 12 lalu. Banyak peristiwa yang seakan-akan berulang antara keduanya. Marilah kita muhasabah diri, apa kesilapan yang telah kita lakukan. Orang Melayu dah berani mengubah undi kepada Pakatan Rakyat. Selepas menang DAP telah membuang tepi dasar DEB. Dasar yang selama ini menyebabkan negara makmur dan ramai orang kaya adalah orang cina.


Unsur Provokasi-


Unsur provokasi telah disemarakkan dengan hukuman gantung dijatuhkan kepada 11 orang cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya kerana membantu pihak Sukarno menyerang selatan Malaysia pada 1968. Dr. Tan Chee Khoon ahli Parlimen Parti Buruh kawasan Batu minta penangguhan hukuman gantung. Mereka telah memungut tandatangan dari rumah ke rumah. Mereka telah membuat tunjuk perasaan secara liar telah di lakukan oleh orang-orang tertentu termasuk belia komunis. Unsur yang sama juga telah dilakukan oleh Hindraf dan Bersih sebelum pilihanraya ke 12.


13 Oktober 1968 Parti Buruh (iaitu Sosialis) telah mengistiharkan memulaukan pilihanraya 1969. Mereka mencontohi parti Sosialis Singapura. Ini adalah satu taik gerak saraf yang dilakukan oleh komunis dengan harapan dapat menyalakan api kemarahan kalau-kalau ada yang akan meletup dengan sendirinya. Pemulauan juga berlaku sebelum pilihanraya ke 12.


Mempengaruhi golongan belia.


Pada masa darurat sebelum merdeka golongan muda ini belum cukup umur untuk mengundi. Komunis menyesatkan pemikiran mereka. Golongan muda ini tidak tertarik kepada MCA dan mereka tidak bersetuju untuk berkerjasama dengan UMNO.


Pada pilihanraya ke 12 ini banyak saluran 3 dan 4 kumpulan orang muda cenderung menyokong pembangkang. Orang muda lebih mudah terpangaruh dengan sesuatu yang bertentangan dari apa yang sedia ada. Sikap ingin cuba-cuba menyebabkan 5 buah negeri tersungkur di tangan pembangkang.


Orang cina menyokong calon-calon PAS


Menurut Tunku , orang cina kedah telah pergi ke pondok calon PAS dengan alasan orang cina di Kelantan tidak teraniaya . Dalam Piliharaya ke 12 lalu perkara ini juga berlaku.


Teknik mencemarkan nama baik UMNO


Pas melancarkan kempen menuduh UMNO pro-cina dan menjual negara kepada orang cina. Mereka memainkan sentimen bangsa.


Teknik menggunakan photo


Photo Encik Khir Johari yang memakai pakaian cina Mandarin yang diambil untuk suka-suka oleh beliau dan Kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina beliau telah disalah ertikan dan telah disebarkan dengan meluas oleh PAS. Tuduhannya adalah beliau sudah menjadi cina.


Gambar Tunku makan mengunakan chopstik dan seekor babi terhidang di atas meja telah menjadi bahan menghetam Tunku. Sebelum pilihan raya lalu Datuk Najib jadi mangsa. Gambar pak lah Tidur pun mereka nak guna.


Kerja sama DAP dan Pas


Orang cina telah menampal poster untuk calon Pas di kawasan Sepang, Selangor.


Provokasi supaya orang Melayu dan Cina Marah


Pembunuhan dengan kejam Allahyarham En. Kassim bin Omar seorang perkerja pilihanraya UMNO pada 24 April oleh belia Parti buruh. Ia diharap dapat mencetuskan kemarahan orang Melayu.


Lim Soon Seng belia cina dari Kepong yang mati ditembak Polis kerana melawan anggota Polis sedang menjalankan tugas.


Akibat dari peristiwa ini Yap Kau Pihak Parti buruh Cawangan Kepong dan Syed Hamid bin Syed Ali YDP Pesatuan Penuntut Universiti Malaya telah mengatur perarakan tersebut.


Ini adalah perarakan yang telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Cina sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 1969.


Kesimpulan


Kalau kita lihat dari urutan peristiwa di atas Parti Pembangkang mengunakan keadah dan teknik yang sama iaitu menwujudkan perasaan marah kepada pemerintah dan membuat unsur provokasi yang menyebabkan rakyat menolak kepimpinan sekarang.


Adakah unsur dan perkara yang saya nyatakan di atas berlaku. Tidak dapat kita sangsikan ia berlaku walaupun cara dan keadah berlaku berlainan. Matlamanya tetap sama.


Sebelum pilihan raya ke 12 lalu. Kita lihat berlakunya tunjuk perasaan. Bersih, Hindraf dan peguam-peguam.

SEGALA ANAK MELAYU, BUMIPUTERA

CHINA, INDIA DAN LAIN-LAIN

ADALAH RAKYAT MALAYSIA.



KITA SEDANG MUSNAHKAN

MASA DEPAN MEREKA

YANG SEDANG DIUSAHAKAN OLEH

GEROMBOLAN PAKATAN PEMBANGKANG

YANG CAUVINIST-RACIST





DS Najib!!

Kami Semua Adalah Benteng MU

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...