Pengikut

Rabu, 22 September 2010

Rakyat Kelantan Perlu Bersabar: PAS Akui Gagal Tunaikan Amanah Rakyat


Datuk Mohd Aiseri Alias:
"....sejumlah 1,086.278 hektar terbiar tidak mampu dimajukan,
Kerajaan Kelantan panggil Kerajaan UMNO-BN bantu rakyat Kelantan" 


KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah tidak dilaksanakan di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya lagi, ketidakupayaan dan kegagalan Kerajaan Negeri telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.


“Kita berharaplah kerajaan pusat dapat membantu membangunkan tanah ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.

“Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan,” katanya.

Menurut Aiseri lagi, pengambilan tanah tersebut melibatkan 16 kementerian dan perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

Ditanya kerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat berhubung pengambilan tanah di negeri ini, beliau memberitahu kerajaan negeri akan memberi kerjasama sebaiknya.

“Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini," katanya lagi.

Beliau juga berkata tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini akan dihalang.

Tambahnya bermula dengan RMK9, sebarang kelulusan tidak perlu lagi dibuat dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya.

PAS mula megambil alih pemerintahan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990 setelah mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).



Sejak mentadbir negeri itu, PAS Kelantan telah gagal menjalankan amanah yang diberikan rakyat kepadanya dan terpaksa meletakkan tanggungjawab memajukan Kelantan kepada Kerajaan Pusat.

Tindakan terbaru yang diambil ialah kerajaan PAS Kelantan telah cuba memohon wang minyak Petronas dibayar kepada parti yang memerintah di Kelantan dan bukannya membiaya program dan projek pembangunan rakyat negeri itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...