Pengikut

Selasa, 15 Februari 2011

Tabung Patung Babi Lebih Baik Dari Tabung Buluh


Akhirnya, setelah gagal memisahkan dan menghapuskan konsep "bangsa" Melayu dalam perjuangannya, Parti Pas kembali mengemis sokongan "bangsa" Melayu.

Parti Melayu itu sedang bergerak untuk mendapatkan simpati dan sokongan daripada kaum Melayu yang semakin menjauhi parti itu. Berbagai-bagai usaha terdesak terpaksa dilakukan. Paling terkini mereka cuba memberi tumpuan untuk menjerat dan memerangkap kaum Melayu di kampung-kampung.

Buktinya, Pas menggunakan "tabung buluh" sebagai intrument klasik untuk menarik perhatian dan gimmik politik sebagai langkah perjudian politik kelas rendah.

RAWANG, 14 Feb: PAS kembali pendekatan asas bahawa parti Islam itu hidup atas keringat dan perjuangan para ahlinya apabila melancarkan Tabung Buluh PRU-13 malam tadi di Bandar Tasik Puteri kira-kira 15 km dari sini.

Projek itu dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam satu majlis penuh simbolik.
"Kenapa kita pilih tabung buluh untuk mengumpul dana. Ini kerana kita ingin memberitahu pemimpin yang terpilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya bahawa mereka menang atas sokongan dan dokongan ahli-ahli bawahannya bukannya atas kehebatan mereka.

"Kita yakin inilah yang akan mengikat kita walau setinggi mana wakil rakyat kita itu naik nanti," kata  Tuan Ibrahim ketika melancarkan tabung itu.

Laksamana tidak terkejut dengan perkembangan ini kerana sedia maklum bahawa Pas adalah dipimpin oleh ustaz-ustaz politik yang berfikiran sempit dan tidak berorientasikan semasa. Cuma Laksamana agak terkejut mengapa Pas menggunakan "tabung buluh" sedangkan Pas telah menyingkirkan perjuangan membela "bangsa" Melayu daripada Partinya yang dianggap bercanggah dengan perjuangan Islam.

Di negara ini, tabung buluh hanyalah salah satu cara yang digunakan oleh kaum Melayu di kampung-kampung untuk menyimpan wang secara kecil-kecilan. Ibubapa biasanya akan melatih anak-anak menyimpan lebihan atau baki wang syiling sebagai pendidikan berjimat cermat. Tetapi setelah UMNO menubuhkan tabung haji, tabung buluh ini sudah tidak relevan lagi.

Hari ini semasa pelancaran "tabung buluh", Pas mendakwa bahawa mereka ingin kembali kepada pendekatan asas. Ini membawa maksud kembali kepada akar umbi "bangsa" Melayu. Merujuk dan bergantung harap kepada "bangsa" Melayu yang mereka singkirkan dari matlamat perjuangan parti. 

Tentulah ini menunjukkan Pas tidak mempunyai pendirian dan matlamat yang jelas dalam perjuangannya. Satu ketika Pas mengumumkan pendirian politik yang menolak sama sekali istilah "bangsa". yang ada hanyalah istilah "Islam" sahaja.  Berjuang dengan menggunakan "bangsa" adalah assobiah yang dilarang oleh agama Islam.

Bagaimanapun, eloklah "tabung buluh" itu diteruskan. Sekurang-kurangnya hasil dari tabung itu nanti bolehlah meneruskan ceramah-ceramah yang tidak berkualiti yang menjadi "santapan rohani" yang amat lazat kepada pengikut-pengikut dan peminat Parti Melayu itu. Diharapkan, hiburan yang diperolehi dari setiap ceramah tidak menyebabkan Pas hilang populariti sebagai penghibur dan penglipur lara kepada umat Islam di negara ini.


Laksamana ingin memberi cadangan membina,  sekiranya Parti Melayu Pas benar-benar ingin mengumpulkan dana yang lebih besar, eloklah menggunakan "tabung patung babi". Tindakan ini bersesuaian dengan perkembangan semasa yang telah diumumkan oleh Pas bahawa orang-orang bukan Islam di malaysia lebih memahami Islam daripada umat Islam sendiri.

Dengan menggunakan "tabung patung babi" tentulah orang-orang bukan Islam akan tertarik dan turut sama menghulurkan derma jihad untuk menegakkan negara tanpa perjuangan Islam dan hudud seperti yang telah dipersetujui oleh Parti Melayu Pas bersama Parti Peribadi Nuar Berahim PKR dan dan Parti China DAP.

2 ulasan:

Laksamana Bentan berkata...

Hahn berkata...
Apa di harap kepada parti tabung buluh. Tahu menghabiskan duit saja.

Kalau tau perlu duit buat lah perniagaan tapi perlu adil lah.Jangan sekadar nak keluarkan duit negeri tapi projek entah apa apa.

PAS parti mesra alam. Terlalu mesra sapu anak bini saudara seugama dan seParti.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Sokong membawa rebah.

CELAKA PAS!
2011 Februari 14 22:05

Gelombang Wangsa Maju berkata...
SALAM LAKSAMANA BENTAN ... CANTIK ARTIKEL DAN MANTAP ISI!

TABUNG PATUNG BABI LEBIH BAIK DARI TABUNG BULUH!

MOHON IZIN LINKKAN BLOG SAUDARA BERSAMA BLOG KAMI. WASALAM ...

Aku Peduli Apa @ APA berkata...

Salam Laksamana,
Membalas kunjungan tuan ke blog saya.

Blog tuan sudah saya pautkan.

Salam perjuangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...