Pengikut

Ahad, 27 Februari 2011

HEBOH!!. Anjing DAP masuk ke dalam Mesjid Desa Purun, Kerdau.


Haiwan politik peliharaan parti China DAP dilaporkan telah masuk ke dalam Mesjid Desa Purun, Kerdau.

Peristiwa itu telah mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal semua mesjid dan surau di dalam negeri Pahang. Untuk pengetahuan pembaca, di dalam DUN Kerdau sahaja  kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO-BN telah membina sebanyak 22 buah Mesjid untuk umat Islam beribadat dan meningkatkan syariat dan mengembangkan syiar agama Islam.

Bagaimanapun usaha murni kerajaan membina perpaduan di kalangan umat Islam, sering dikhianati oleh PAS, sebuah Parti Melayu yang tidak pernah diterima dan semakin dibenci oleh rakyat. Parti Melayu Pas ini bergerak dengan menjadikan agama Islam sebagai modal dan alat politik dan sentiasa menjadikan mesjid dan rumah ibadat Islam sebagai sasaran pengkhianatan mereka.

Peristiwa menceroboh mesjid untuk dijadikan alat politik paling terbaru telah berlaku di Kerdau, yang sedang menghadapi Pilihanraya Kecil.

Petikan dari harakahdaily
Dalam Dun Kerdau terdapat 22 buah masjid, antaranya Masjid Bandar Kerdau, Masjid Seri Ketumbit, Masjid Jengka 22, Masjid Jengka 23, Masjid Jengka 25, Masjid Rumpun Makmur, Masjid Teluk Sentang dan Masjid kampung Desa Purun.
Di Masjid Rumpun Makmur, hasrat beberapa AJK masjid itu untuk meminta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat, kelmarin turut tidak kesampaian ekoran perkembangan itu.
Bagaimanapun mereka berjaya meminta Nik Aziz membaca doa dan menyampaikan tazkirah ringkas sejurus selepas sembahyang Jumaat selesai. PAS dijangka akan memberi respon berkenaan perkembangan tersebut dalam sidang media sebelum tengahari ini. 

Petikan berita di atas membuktikan betapa rakusnya Pas menggunakan mesjid untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam yang telah sedia terbina. 

Ustaz politik seperti Nik Aziz sering digunakan sebagai keldai dungu menceroboh sesuka hati ke mesjid-mesjid tanpa menghiraukan perbuatan itu adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Dari sudut pengurusan mesjid dan surau pula, didapati Parti Melayu Pas sangat berminat menyusupkan anasir-anasir jahat menduduki barisan AJK untuk membantu melaksanakan agenda parti mereka.


Perkembangan ini sangat manarik minat Parti China DAP kerana proses memecahkan perpaduan umat Islam dapat dilakukan dari dalam tubuh umat Islam itu sendiri. Parti Melayu Pas dilihat amat bersunguh-sungguh melaksanakan agenda Parti China DAP untuk memastikan umat Islam tidak bersatu padu dan sentiasa bertelagah sesama sendiri.

Parti China DAP berasa amat yakin dengan peranan yang dimainkan oleh Parti Melayu Pas. Usaha  memusnahkan kuasa politik yang ada di tangan umat Islam akan menjadi kenyataan. Cita-cita menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan perlembagaan Malaysian Malaysia ciptaan Parti China DAP akan lebih cepat mendapat kejayaan.

Jelaslah bahawa Parti Melayu Pas adalah haiwan politik ternakan DAP yang mudah dikerah melakukan pengkhianatan kepada umat Islam termasuklah menceroboh, mengotorkan dan mencemar mesjid dan surau tempat ibadat umat Islam.

Sabtu, 26 Februari 2011

Pas Marah-marah Lagi Bila Kerajaan Membantu Rakyat...

Pas sedang menurunkan peruntukan di Galas...

Pas dah mula marah-marah bila Kerajaan Pilihan Rakyat UMNO-BN  mengeluarkan peruntukan untuk membantu rakyat sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau.

Kegelisahan dan menjunamnya motivasi untuk menghadapi kedua-dua PRK itu menyebabkan pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan yang kebudak-budakan.


TEMERLOH, 23 Feb (Harakah) - PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.

"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini.

Sebenarnya rakyat memang ternanti-nanti peruntukan besar dari kerajaan. Kerajaan pula memang bersedia menurunkan peruntukan untuk memenuhi dan menambah keperluan dan kebajikan rakyat dari semasa ke semasa.

Menurunkan bantuan dan peruntukan semasa pilihanraya kecil adalah sebahagian daripada strategi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya selain yang telah dilaksanakan sepanjang masa. Menurunkan sumbangan istimewa pada masa PRK adalah bertujuan supaya rakyat mudah membuat penilaian. Rakyat akan memahami bahawa Kerajaan Pilihan Mereka tidak berjanji kosong. Tidaklah sekadar  berceramah berapi-api tetapi tidak ada apa-apa pelaksanaan tanggungjawab untuk rakyat yang memilihnya.

Semasa pilihanraya kecil, peruntukan istimewa diturunkan supaya rakat mendapat nikmat pembangunan dan kebajikan. Dengan itu rakyat dapat membuat penilaian bahawa kerajaan prihatin dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Dengan itu rakyat akan terus memilih UMNO-BN sebagai pengiktirafan kepada kerajaan yang bertanggungjawab.

Kerajaan tidak berjanji kosong.


Soal bila peruntukan istimewa itu diturunkan bukanlah masalah besar. Tentulah kerajaan ada strategi supaya rakyat terus bersama kerajaan. Sumbangan dan peruntukan semasa PRK hanyalah sebahagian kecil dari pelaksanaan amanah rakyat yang telah ditunaikan dan sedang dinikmati oleh seluruh rakyat.

Pas juga menurunkan peruntukan besar seperti keropok, gula, tepung, beras, kain pelikat/batik dan sebagainya pada setiap PRK dan juga PRU.

Bagaimanapun mereka sukar untuk menipu rakyat dengan bukti kegagalan di Kelantan walaupun di tempat lain Pas menaburkan janji yang besar-besar dan hebat



Dengan demikian wajarlah Parti Melayu Pas marah-marah bila Kerajaan Pilihan Rakyat melaksanakan amanah membantu rakyat tidak kira semasa PRK atau sepanjang masa pemerintahan.

Khamis, 24 Februari 2011

Pas Marah UMNO Jadi Hero Melayu pulak dah


Parti Melayu Pas marah-marah pada UMNO dan memberi amaran janganlah mendakwa sebagai pembela Melayu.

Amaran ini dihamburkan oleh Ustaz Politik Pas yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Beliau menyatakan demikian sebagai menyatakan kemarahannya di atas permintaan Datuk Fatimi Saleh yang meminta Pas mohon maaf kepada orang-orang Melayu sebelum bercakap tentang mahu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Ustaz Idris agaknya lupa bahawa UMNO ditubuhkan oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam adalah untuk memperjuangkan, membela dan mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu dalam segala bidang kehidupan di tanahair mereka sendiri. Sejarah dan ketentuan Ilahi telah menyebabkan bangsa Melayu terpaksa bersaing dan berkongsi dengan kaum-kaum lain yang juga mempunyai pertubuhan untuk memperjuangan kaum masing-masing.

Orang-orang Melayu telah bersatu membentuk kuasa politik dan dengan kuasa politik itulah dihormati oleh kaum lain. Sekiranya bangsa Melayu itu tidak ada kuasa politik, pastinya tidak disegani, tidak dihormati dan kemungkinan tidak dipedulikan lagi. 

Tanpa kuasa politik bangsa Melayu akan terpinggir di tanahairnya sendiri walaupun mereka masih boleh mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, melakukan ibadah berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji.


Sumber petikanharakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Feb: PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu.

“Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya permintaan Datuk Fatimi Saleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan

Pas sebenarnya telah ditolak oleh seluruh Rakyat Malaysia. Yang menyokong Pas hanyalah golongan orang-orang Melayu yang masih percaya Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Bagaimanapun golongan ini telah bertambah kurang sebagaimana kurangnya Rakyat Malaysia yang menyokong pergerakan pertubuhan sosial dan perniagaan al-Arqam.

Di kalangan kaum China pula, hanya yang percaya kepada hasutan DAP sahaja yang menyokong Pas. Itupun bukanlah kerana berminat pada perjuangan Parti Melayu itu tetapi beranggapan Pas boleh membantu melenyapkan sejarah Melayu dan merealisasikan Malaysian Malaysia di negara ini seperti yang telah berlaku di Singapura.

Jika Pas mengadakan sejuta ceramahpun, tidak ada orang yang akan percaya bahawa UMNO tidak memperjuangan nasib bangsa Melayu di negara ini. Bukti perjuangan UMNO terhadap bangsanya tidak perlu diceramahkan kerana seluruh bangsa Melayu, termasuk penyokong Pas sendiri sedang menikmati hasil perjuangan UMNO itu.

Sebaliknya, jika tidak diadakan ceramahpun, semua Rakyat Malaysia telah sedia maklum bahawa tidak ada satu jasa bakti Pas yang disumbangkan untuk mengangkat maruah dan martabah bangsa Melayu di negara ini.

UMNO selamanya berjaya memenuhi matlamat penubuhannya:


FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1
Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2
Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3
Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4
Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5
Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6
Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Berbeza dengan Parti Pas yang menjadikan orang-orang Melayu sebagai ahlinya tetapi gagal melaksanakan matlamat penubuhannya.

Pas hanya mampu beretorik yang indah-indah, berslogan yang hebat-hebat dan bersemangat liar yang meluap-luap, tetapi tetap kosong dan penuh dengan fantasi yang tidak berpijak di bumi nyata.

Kini Pas sedang mencubga sedaya upaya untuk memperdayakan bangsa Melayu dengan merekacipta slogan baru memperjuangkan bangsa Melayu. 

Pas sebenarnya sedang bermain dengan air ludahnya dan mengajak orang-orang Melayu menjadi saksi melihat mereka menjilatnnya di pentas politik Sedang China DAP melihatnya dengan penuh senyuman akan kedunguan Parti Melayu itu.


Ahad, 20 Februari 2011

Pas Tukar Fantasi Politik, Tinggal Perjuangan Negara Islam dan Hudud, Kembali Pada Pejuangan Bangsa Melayu

...mampukah Pas terus menyalak bagi pihak DAP..
mengajak umat islam masuk ke alam fantasi politik
yang tidak berpijak di bumi nyata...

Pas menukar sekali lagi fantasi politiknya.

Setelah meninggalkan perjuangan negara Islam dan hudud, kini Pas cuba memperjuangkan bangsa Melayu pula.

SHAH ALAM, 19 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam di kalangan kaum majoriti itu.

Ini kerana kata Abdul Hadi, hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain.
“Kita jangan rasa selesa dengan Melayu sahaja tanpa diperkasakan dengan Islam. Kalau Allah nak pelihara Islam, maka Islam boleh naik dengan bangsa lain ambil alih.
“Sebab itu kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT,” kata beliau sewaktu membentangkan kertas kerja 'Jaminan PAS' di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Laksamana berpandangan bahawa Pas masih bermain dengan retorik antara dua perkataan "Melayu" dan "Islam".

Bagi UMNO yang berpegang kepada realiti di negara Malaysia, bangsa Melayu adalah bangsa yang menganut agama Islam dan bertanggungjawab menegakkan agama itu dari aspek syari'e dan syiar Islam. Maka tidak timbul persoalan bangsa dan agama kerana kedua-duanya adalah satu.

UMNO berdiri tegak atas dasar sokongan daripada bangsa Melayu dan Pribumi negara ini. Dengan itu UMNO memperoleh kuasa politik dan dengan kuasa politik ini UMNO berjaya mempertahankan syariat dan syiar Islam.

Dari dulu hingga sekarang terlalu banyak yang telah dilakukan oleh UMNO dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap agama Islam.

Pendekatan UMNO menegakkan Islam bukan melalui ceramah dan pidato menaikkan semangat, tetapi melalui pelaksanaan program dan aktiviti yang praktikal dan mengikut perkembangan semasa.

Usaha paling ketara ialah meningkatkan taraf hidup dan ekonomi umat Islam supaya mereka boleh hidup bermaruah dan mampu bersaing secara adil dalam negara majmuk yang ekonominya dikuasai oleh bukan Islam.

Dengan kuasa politik yang ada, UMNO mempu menarik kerjasama bukan Islam kerana UMNO mempraktikkan kesederhanaan Islam dan menyuburkan muhibbah di kalangan pelbagai kaum, budaya dan kepercayaan agama.

UMNO diterima oleh seluruh rakyat bukan kerana kehebatannya menjaja nama Islam, bukan kerana kerakusannya memperalatkan Islam. Tetapi kerana indahnya amalan Islam yang dipraktikkan oleh UMNO yang menambat hati bukan Islam untuk bersama UMNO-BN.

Pas nampaknya terus berfantasi mempermainkan tafsiran demi tafsiran di antara dua perkataan "Melayu" dan "Islam" untuk menagih undi yang semakin merosot.

video

Kini Pas cuba mengenepikan UMNO yang disokong oleh semua rakyat Malaysia dengan cara membina fantasi di luar zaman. Pas memanipulasi sejarah di zaman Rasulullah dengan mentafsirnya di luar konteks semasa.

Contoh terbaik ialah negeri Kelantan yang sudah 21 tahun diperintah oleh Pas. Pas hanya mampu berfantasi tetapi gagal di alam realiti.

Akibatnya Pas dilhat sekali lagi terpaksa menukar fantasi politiknya dari perjuangan negara Islam dan hudud, bertukar pula kepada berjuang untuk bangsa Melayu yang sebelum ini dihukumnya sebagai assobiah dan bukan dari ajaran Islam.

Jumaat, 18 Februari 2011

ARE YOU A PARIAH DOG FAN?


Pariah: An indigenous and ancient race of domestic dogs which evolved a distinct appearance and character without human intervention. 

This appearance is called the "long-term pariah morphotype" - click HERE to see photos of the type.The dog was named after the Pariah tribe of Tamil Nadu which was considered outcast. While the original usage of the term is derogatory, it has been commonly used by cynologists for many years and has no negative connotation in the canine context. 

Pariah dogs across continents have the same basic physical characteristics. Enthusiasts consider such primitive breeds to be superior in most ways to artificially developed breeds as they are perfectly adapted for survival. Pariah breeds are not only extremely hardy, they are also very alert and have the high-order intelligence required for a free-roaming life under circumstances which are often difficult and even hostile. In biological terms, the pariah dogs of Asia and Africa are of the highest value for study of genetics and origin of the dog.

Cynology is not well-known in India as a field of study and in the early days there were no Indian experts in this area, so terms coined by western scholars tended to stick. Some Indian scholars feel the name Pariah Dog should be changed. I personally am neutral on this issue but am quite open to promoting a name-change if necessary. The name INDog is already being used by some experts and would be perfect for this indigenous breed. 

(We should remember that even the words dog, its Hindi equivalent kutta, and bitch are used in a derogatory way although they are obviously perfectly acceptable when used in reference to dogs alone).

Pariah breeds in some parts of the world have now been officially recognized by kennel clubs and are being selectively bred. The best-known are the Canaan Dog of Israel, the Carolina Dog in the US, and the African Basenji.

It is now generally accepted that most of the free-roaming dogs in Indian cities and towns are actually mix-breeds (mongrels), though some certainly look more "mixed" than others. 

Pure Pariah dogs are more common in rural and remote areas where there are no Eurobreeds or other types of dog to interbreed with, and minimal or no genetic contamination has occurred. In the Club and in this blog we will go by appearances and refer to the "pure-looking" dogs as Pariah dogs or INDogs.

People sometimes use the words "Pariah" and "stray" interchangeably. This is an incorrect usage.

Continue reading.........Keajaiban Pariah Malaysia

Khamis, 17 Februari 2011

Pulak Dahh!!: Nuar Berahim Mengangkat Dirinya Setaraf Sayyidatina Aisyah R.A.


Tidak tahan menanggung derita akibat cemuhan dan kutukan masyarakat, Nuar berahim mula mencari jalan bagaimana untuk keluar dari kemelut yang memalukan ini.

Langkah terkini beliau mengambil peluang untuk bermain wayang lagi dengan mengeluarkan perutusan sempena kehadiran Maulidur Rasul.

Petikan sumber: Minda Rakyat

Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman. Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh. Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan. 

Kita pastinya tahu akan peristiwa Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman. Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh. Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan. Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T.

Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari pesan al Quran ini:, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T.


Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari pesan al Quran ini:

Komen laksamana:

Peristiwa al-ifk seperti yang diketahui umum oleh umat Islam adalah peristiwa  dusta atau bohong yang ditimpakan kepada Isteri Baginda Rasulullah saw Saidatina ‘Aisyah r.a, setelah tamatnya perang dengan Bani Mushtaliq iaitu pada bulan Sya’ban 5 H. 
Peperangan tersebut turut disertai oleh kaum munafik, dan diikuti pula ‘Aisyah setelah berdasarkan undian yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah saw terhadap isteri-isterinya. Dalam perjalanan mereka kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. ‘Aisyah keluar dari sekedupnya untuk suatu keperluan, kemudian kembali. 
Tiba-tiba dia merasakan kalungnya hilang, lalu dia pergi lagi mencarinya. Ketika sedang mencari kalung itu, rombongan berangkat dengan menyangkakan bahwa ‘Aisyah masih ada dalam sekedup tersebut. Setelah ‘Aisyah mengetahui, sekedupnya sudah berangkat dia duduk di tempatnya dan mengaharapkan sekedup itu akan kembali menjemputnya. 
Kebetulan, ketika itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu Mu’aththal sedang melalui jalan tersebut , maka dilihatnya seseorang sedang tidur sendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, isteri Rasul!” ‘Aisyah terbangun. Lalu dia dipersilakan oleh Shafwan mengendarai untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di Madinah. 
Orang-orang yang melihat mereka membicarakannya menurut pendapat masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka timbullah fitnah ke atas ‘Aisyah r.a. dengan bertambah luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.

Peristiwa al-Ifk ini tidak ada kena mengena dengan masalah yang dihadapi oleh Nuar Berahim.

Fitnah yang dihadapi Sayyidatina Aishah hanyalah berpunca daripada cakap-cakap, persepsi dan andaian awam yang disengajakan. Kes ini samalah seperti isu Najib Altantuya yang dimainkan oleh Raja Petra Kamarudin untuk menjatuhkan maruah DS Najib. Akhirnya hilang dibawa angin bersama-sama pencetus fitnah upahan itu sendiri dari bumi Malaysia.


Kes Nuar Berahim adalah lebih real kerana mempunyai bahan bukti, dibicarakan di Mahkamah, melibatkan tenaga profesional dan diadili mengikut prosiding standard. Nuar Berahim pula diberi peluang seluas-luasnya membela diri dengan bantuan tenaga pakar terbaik yang beliau mampu perolehi. Kes beliau bukan kes fitnah tetapi kes ada nilai di sisi undang-undang. 

Maka saranan-saranan Nuar Berahim dalam Perutusan Maulidur Rasul yang menggambar seolah-olah beliau difitnah adalah satu lagi sandiwara atau wayang lakonan politik murahan bekas banduan tersebut. Maulidur Rasul juga cuba dipolitikkan untuk membina persepsi dan mengekalkan simpati semata-mata.

Antara Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa ini ialah :

1. Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah swt , janganlah sekali-kali kita berprasangka buruk dengan mana-mana muslim sekali pun dengan hanya berdalilkan atau bersandarkan kepada berita dan pengkhabaran dari mulut orang lain. Apa yang harus dilakukan ialah dengan memulakan setiap perkhabaran atau apa sahaja berita yang didengari dengan bersangka baik…Ini sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran 24 : 12
Tindakan Nuar Berahim menggunakan isu Najib Altantuya membuktikan percanggahan yang jelas antara apa yang ditulis dalam Perutusan maulidur Rasul dengan amalannya sebelum ini terhadap penyebaran fitnah. 
2. Hendaklah berhati-hati dalam menerima dan mempercayai setiap khabar yang sampai kepada kita. Kita dilarang untuk menyebarkan khabar tersebut selagi belum dapat dipastikan akan kesahihan dan kebenaran khabar tersebut , kerana sesungguhnya setiap berita bohong yang kita sangkakan hanyalah perkara kecil , tetapi disisi Allah ianya adalah amat besar.( AQ 24 : 15 )
Nuar Berahim bukan sekadar mencipta fitnah terhadap DS Najib, malah menyebarkan dengan bebas di setiap ceramah yang dilakukannya di seluruh negara.

3. Manusia munafiq atau disebut dalam istilah moden sebagai hipokrit adalah musuh utama yang merosakkan Islam dan umatnya.Malah golongan ini jugalah yang menjadi dalang dalam setiap khabar angin yang sampai kepada umat Islam dengan tujuan untuk memporak perandakan Islam dan Umatnya.Sebagaimana dalam Peristiwa al-Ifk ini , individu munafik yang bernama Abdullah bin Ubai bin Salul adalah yang pertama mereka-reka cerita bohong yang memfitnah Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a dan menyebarkannya ke seluruh pelosok Madinah. Tafsir al-Wasith , Dr. Wahbah Az-Zuhaily)
Nuar Berahim membuktikan dirinya sebagai munafiq apabila terlalu banyak pembohongan dan tipu daya yang dibuatnya terhadap pengikut-pengikut parti PKR dan Pakatan Pembangkang. Misalnya janji 16 Sept dan pembelaan Kampung Buah Pala (hanya contoh kecil).
Kesabaran yang ditunjukkan oleh YAB DS Najib dan DS Rosmah samalah dengan kesabaran baginda Rasulullah dan Sayyidatina Aisyah. Manakala kejahatan kaum munafiqin memfitnah Rasulullah samalah dengan apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang yang dipimpin oleh Nuar Berahim.

Nuar Berahim sedang kelemasan dan hampir berputus asa, tiba-taba sahaja teringat untuk mengangkat dirinya setaraf Sayyidatina Aisyah r.a.

Selasa, 15 Februari 2011

Tabung Patung Babi Lebih Baik Dari Tabung Buluh


Akhirnya, setelah gagal memisahkan dan menghapuskan konsep "bangsa" Melayu dalam perjuangannya, Parti Pas kembali mengemis sokongan "bangsa" Melayu.

Parti Melayu itu sedang bergerak untuk mendapatkan simpati dan sokongan daripada kaum Melayu yang semakin menjauhi parti itu. Berbagai-bagai usaha terdesak terpaksa dilakukan. Paling terkini mereka cuba memberi tumpuan untuk menjerat dan memerangkap kaum Melayu di kampung-kampung.

Buktinya, Pas menggunakan "tabung buluh" sebagai intrument klasik untuk menarik perhatian dan gimmik politik sebagai langkah perjudian politik kelas rendah.

RAWANG, 14 Feb: PAS kembali pendekatan asas bahawa parti Islam itu hidup atas keringat dan perjuangan para ahlinya apabila melancarkan Tabung Buluh PRU-13 malam tadi di Bandar Tasik Puteri kira-kira 15 km dari sini.

Projek itu dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam satu majlis penuh simbolik.
"Kenapa kita pilih tabung buluh untuk mengumpul dana. Ini kerana kita ingin memberitahu pemimpin yang terpilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya bahawa mereka menang atas sokongan dan dokongan ahli-ahli bawahannya bukannya atas kehebatan mereka.

"Kita yakin inilah yang akan mengikat kita walau setinggi mana wakil rakyat kita itu naik nanti," kata  Tuan Ibrahim ketika melancarkan tabung itu.

Laksamana tidak terkejut dengan perkembangan ini kerana sedia maklum bahawa Pas adalah dipimpin oleh ustaz-ustaz politik yang berfikiran sempit dan tidak berorientasikan semasa. Cuma Laksamana agak terkejut mengapa Pas menggunakan "tabung buluh" sedangkan Pas telah menyingkirkan perjuangan membela "bangsa" Melayu daripada Partinya yang dianggap bercanggah dengan perjuangan Islam.

Di negara ini, tabung buluh hanyalah salah satu cara yang digunakan oleh kaum Melayu di kampung-kampung untuk menyimpan wang secara kecil-kecilan. Ibubapa biasanya akan melatih anak-anak menyimpan lebihan atau baki wang syiling sebagai pendidikan berjimat cermat. Tetapi setelah UMNO menubuhkan tabung haji, tabung buluh ini sudah tidak relevan lagi.

Hari ini semasa pelancaran "tabung buluh", Pas mendakwa bahawa mereka ingin kembali kepada pendekatan asas. Ini membawa maksud kembali kepada akar umbi "bangsa" Melayu. Merujuk dan bergantung harap kepada "bangsa" Melayu yang mereka singkirkan dari matlamat perjuangan parti. 

Tentulah ini menunjukkan Pas tidak mempunyai pendirian dan matlamat yang jelas dalam perjuangannya. Satu ketika Pas mengumumkan pendirian politik yang menolak sama sekali istilah "bangsa". yang ada hanyalah istilah "Islam" sahaja.  Berjuang dengan menggunakan "bangsa" adalah assobiah yang dilarang oleh agama Islam.

Bagaimanapun, eloklah "tabung buluh" itu diteruskan. Sekurang-kurangnya hasil dari tabung itu nanti bolehlah meneruskan ceramah-ceramah yang tidak berkualiti yang menjadi "santapan rohani" yang amat lazat kepada pengikut-pengikut dan peminat Parti Melayu itu. Diharapkan, hiburan yang diperolehi dari setiap ceramah tidak menyebabkan Pas hilang populariti sebagai penghibur dan penglipur lara kepada umat Islam di negara ini.

video

Laksamana ingin memberi cadangan membina,  sekiranya Parti Melayu Pas benar-benar ingin mengumpulkan dana yang lebih besar, eloklah menggunakan "tabung patung babi". Tindakan ini bersesuaian dengan perkembangan semasa yang telah diumumkan oleh Pas bahawa orang-orang bukan Islam di malaysia lebih memahami Islam daripada umat Islam sendiri.

Dengan menggunakan "tabung patung babi" tentulah orang-orang bukan Islam akan tertarik dan turut sama menghulurkan derma jihad untuk menegakkan negara tanpa perjuangan Islam dan hudud seperti yang telah dipersetujui oleh Parti Melayu Pas bersama Parti Peribadi Nuar Berahim PKR dan dan Parti China DAP.

Ahad, 13 Februari 2011

Pas Mahu Kerajaan Hentikan Perkhidmatan Sektor Awam Semasa Pilihanraya Kecil


Pas melarang sektor Perkhidmatan Awam negara menjalankan tugas mereka semasa pilihanraya kecil di adakan.

Larangan ini meliputi kerja-kerja dan tugas yang dijalankan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan mengikut jabatan dan agensi masing-masing.

Misalnya, Pas melarang diadakan siaran televisyen, radio media elektronik sepanjang masa pilihanraya diadakan.  Larangan ini terpaksa dibuat memandangkan berita-berita mengenai dasar dan aktiviti kerajaan membela rakyat telah disampaikan kepada rakyat. Sedangkan Pas tidak dapat berbuat begitu.

Begitu juga dengan agensi awam yang lain yang sepatutnya tidak menjalankan tugas melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat mengikut perancangan yang telah disediakan. mereka sepatutnya jangan mendekati rakyat, menyampaikan bantuan, penerangan atau perkhidmatan kerana Pas tidak boleh berbuat demikian.

Sebab itulah agaknya, Pengarah Pelajaran Johor dilarang dari menjalankan tugasnya berjumapa guru-guru atau melawat sekolah semasa PRK DUN Tenang. Tetapi sebaliknya Cikgu Maarof dibenarkan pula menjalankan tugas dalam kawasan pilihanraya walaupun beliau disahkan mengalami penyakit kemurungan akut.

Sekiranya agensi-agensi kerajaan ini meneruskan juga tugas dan peranan mereka membela nasib rakyat, Pas akan menganggap pilihanraya yang diadakan itu adalah tidak "gentleman" dan berat sebelah.

Dipetik dari blog penyokong Parti Melayu Pas:

...Siapa yang tidak nampak betapa Umno/Bn menggunakan segala jentera kerajaan termasuk paling hebat jentera penerangan seperti radio dan TV setiap kali diadakan PRK adalah mereka yang buta hati. Bahkan, belum pun penamaan calon di PRK Dun Merlimau kita boleh saksikan bagaimana media kerajaan ini melaksanakan kerja jahat mereka. Ini lah juga yang dihadapi oleh Cikgu Mala di PRK Dun Tenang baru-baru ini, namun Alhamdulillah, Umno gagal untuk memalukan PAS di dalam PRK tersebut. Sebaliknya, Cikgu Mala berjaya memalukan Umno kerana Umno terpaksa gunakan seluruh jentera kerajaan dengan limpahan wang ringgit semata-mata untuk menewaskan Muslimat ini.

Kita teringin sangat untuk melihat Umno/Bn menang secara anak jantan. Boleh atau tidak Umno/Bn masuk gelanggang sama seperti PR masuk gelangang? Hilangkah maruah Umno jika tidak menggunakan media kerajaan untuk berkempen? Tidakkah Umno rasa malu dan hina setiap kali pilihanraya, maka ditaburkan wang ringit dengan projek segera kepada rakyat? Apa yang SPR boleh lakukan? Teramat benci bila menyebut SPR.

Komen Laksamana:

Kerajaan yang berwibawa sentiasa mendekati rakyat dengan pelbagai cara dan kaedah. Tujuannya supaya rakyat sentiasa mendapat maklumat dan penerangan yang betul.

Manakala agensi-agensi yang ditubuhkan adalah untuk membantu kerajaan melaksanakan dasar untuk rakyat. Semua agensi ini menjalankan tugas mereka sepanjang masa tidak kira samada semasa pilihanraya atau pun tidak.

Penerangan, penjelasan dan pendedahan perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya rakyat faham dan dapat membantu kerajaan membela kehidupan mereka dengan lebih berkesan.

Dalam masa yang sama rakyat dapat mengikuti apa sahaja program, aktiviti yang sudah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang mendapat mandat rakyat itu.

Anggapan serong terhadap UMNO-BN dan larangan yang dikenakan oleh Pas itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Pas yang mencabar UMNO-BN bertanding secara anak jantan, rupa-rupa mereka sendiri bukan anak jantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...